madah berhelah

SEANDAINYA KAMU DAPAT BERBICARA DALAM SEMUA BAHASA MANUSIA DAN ALAM, TETAPI TIDAK MEMPUNYAI PERASAAN CINTA DAN KASIH, DIRIMU TAK UBAH SEPERTI GONG YANG BERGAUNG ATAU SEKADAR CANANG YANG GEMERINCING

Thursday, December 31, 2009

TWENTY TEN


1 JANUARI 2010..12.00A.M
                WE..HU… SELAMAT TAHUN BARU 2010.. Syukur alhamdulliah, kita diberi peluang untuk ke tahun 2010 nie. Hah, kite semakin dekat dengan kiamat. Bile kiamat?? Wallahualam. Hanya DIA sahaja yang tahu bile.
Tup tup dah 22 tahun aku hidup kat dunia ni. Rasanya baru semalam je aku lari dari sekolah rendah agama dulu. Haha jahat rupanya aku nie dulu. Aik! Sekarang dah baik ke?? Baik la dari dulu. Rasa macam baru je aku amik UPSR, rupanya dah 11 tahun dulu benda tu lepas. Bile kenang balik masa dolu – dolu rasa macam best  jer.
2009 pon baru je lepas. Rasa kejap jer. Apa yang aku buat tahun nie?? Rasa macam takde bende jer yang aku buat. Tapi bile scan balik otak nie, rupanya banyak yang aku dah buat n banyak jugak duit aku dah abis. Nie antara benda yang best dan bermakna la buat aku untuk tahun 2009.

Pada tahun ini aku dapat roomate yang paling best, syiok, yang aku cayunk dan yang aku miss her a lot skarang tak lain tak bukan RAWAIDA ABD.RAHIM. Aku teruja dan speechless bile dapat sebilik ngan dak mereng nie. Tapi aku cayunk dia sangat. Jangan salah paham. Aku seorang yang straight ok.
                  3 januari 2009, aku dipanggil pulang ke asrama politeknik johor. Ada kursus kat pekan nenas johor. Nama kem tu aku dah lupa dah. Kat situ kami di bahagikan mengikut blok masing – masing. Ketua blok menjadi ketua kumpulan. Aku ketua blok masa tu..haha macam tak percaya je aku jadi ketua blok infotech1. Kem tu lain dari yang lain. Tak sama dengan kem – kem yang sebelum nie aku pergi. Kami di suruh mencipta dan organize acara – acara untuk semua slot dalam kem tu.  Cume 3 aktiviti under pengurusan. Aku dan anak buah aku Berjaya menghabiskan semua aktiviti dan tiada siapa yang dikecualikan. Walaupun tak menang, tapi kami semua join aktiviti yang dibuat. Masa tu yang takde Cuma cici jer. Yang lain sume ada.
                Balik dari kem tu, aku menghadapi minggu suaikenal (MSK) semua AJK asrama wajib terlibat dengan MSK nie. Fenat gile masa nie. Tapi dapat jugak aku curi tulang. Tu pun bile ada Yda kat bilik. Dua – dua bantai tido kat bilik. Walaupun penat, aku seronok join MSK. Sampai sakit – sakit kaki aku. Jalan pun dah macam orang cacat. MSK habis hari Khamis, dan kelas bermula pada hari Khamis jugak. Dah ter’miss’ satu kelas.

                Pada tahun ini jugak aku telah dipertanggungjawabkan dengan memegang jawatan ketua blok infotech 1. Aku di beri tugasan untuk mengadakan program ceramah agama. Aku telah berikan tugas pengarah program kepada najibah. Mula – mula ceramah tersebut sepatutnya diadakan pada 14 feb, tapi di tunda kepada 21 feb. semuanya berjalan lancer dan kami mendapatkan penceramah yang sangat menarik dan kelakar.


                Boleh dikatakan tahun 2009 nie tahun yang agak mencabar bagi aku. Terlalu banyak tanggungjawab yang aku kene pegang. Ketua Blok Infotech 1, Ketua Keselamatan dan Kebajikan Jawatankuasa Pelajar Kamsis dan tanggungjawab aku sebagai pelajar. Assignment aku banyak buat sekadar asal siap. Lecture pun bising kerja aku teruk. Aku tak tau macam mana nak buat. Tapi aku nak join sume benda.
                24/4/09 sampai 27/4/09 aku pergi ke Program Memperkasakan Jatidiri Jawatankuasa Pelajar Kamsis di Savanah Hill. Setiap blok wajib menghantar ketua blok dan setiausaha blok untuk ke program tersebut. Savannah hill, satu tempat yang cantik dan teringin nak ke sana lagi. Program ini menghimpunkan semua wakil – wakil JPK politeknik – politeknik yang mempunyai kamsis seluruh Malaysia. Aku tak pernah pergi kem peringkat kebangsaan macam nie. Seronok. Kenal ramai kawan dari seluruh Malaysia. Aku siap admire la sorang budak kumpulan aku, tapi dia plak admire budak poli aku. Ceh, hampeh tol. Satu program yang menarik. Tapi cukuplah sekali je aku pergi. Satu kenangan yang menarik dan tak mungkin aku lupakan.

 Masa aku mintak kebenaran PA aku nak pergi kem ini, mati – mati dia tak kasi aku pergi. Dia tak suka aku terlalu aktif dengan benda – benda nie, tapi last –last dia bagi gak. Lecture lain pun tak suke aku pergi. Diorang tak suka aku terlalu aktif ngan persatuan dan jawatankuasa nie suma, takut aku tak focus ngan study. Dan apa yang mereka takutkan tu lah yang terjadi. Aku kene study, dengan aktiviti JPK, dengan perangai budak blok yang sewel kerja aku jadi hampeh, teruk n disaster.
                Dalam masa yang sama, aktiviti JPK memeningkan kepala aku. Malam 3k, Malam akademik dan hari sukan kamsis. Nasib baik bukan blok aku yang organize benda – bende nie. Nasib baik aku punya awal – awal hari tuh. Yang menjadikan aku penat, mencabar keimanan aku ialah malam 3k. dengan AJK blok buat perangai, aku jadi tensen. Nasib baik ada cici, atin dan mama yang menjadi penyelamat keadaan. Mereka telah bertungkus lumus menyiapkan landskap dan bilik rekreasi. Sangat cantik dan sempoi. Rawaida pula menghias bilik computer. Juga sangat cantik dan menarik.  Rohana shim and the gang telah bertungkus lumus menyiapkan logo dan motto blok. Best la. Yang lain buat ape?? Masing – masing sebok dengan kerja masing – masing. Duduk kat blok hanya duduk jer. Tak membantu apa – apa.
                Setelah sepanjang semester bertanding itu, bertanding ini, malam kemuncaknya telah tiba. Tibalah malam jamuan akhir semester kamsis. Konsep ala – ala buat kat hotel gitu. Padahal kat dewan serbaguna je. Aku duduk depan berhampiran dengan warden. Setelah doa dibacakan, acara makan pun bermula. Sambil itu di hiburkan dengan persembahan daripada blok masing – masing. Terima kasih buat kumpulan PCD, PJB yang terdiri daripada, syajirul ain, amira, fara dan lain – lain lagi. Penyampaian hadiah di selang selikan dengan persembahan. Banyak juga blok infotech 1 menang di acara – acara yang di pertandingkan. Tibalah penyampaian hadiah King Of The Block. Akulah orang yang paling berdebar sekali nak tunggu nama pemenang tu di umumkan. Bile pengacara sebut sahaja “King Of The Block untuk sesi januari 2009 jatuh kepada Infotech 1” huh luluh jantung aku. Kami menang. Seluruh warga Infotech 1 bersorak di atas kemenangan itu. Tak terkata gembiranya. Kiranya segala penat lelah aku terbayar dengan kemenangan tu. Syukur Alhamdulillah. Lepas satu azab.
                Hampir tiba dengan fashion show jan 09. Cik Zamila minta aku tolong bahagian multimedia untuk event tu. Aku jadi syok ar. Dan time tu jugak la assignment melambak giler. Aku jadi tak tentu hala. Aku jugak ada la jugak tak tido beberapa hari untuk siapkan assignment. Siang keje fashion show, malam buat assignment. Nescafe menjadi teman setia aku. Nasib baik aku tak addict je ngan bende tu. Kalo tak aku jugak yang susah.  Dalam fashion show, aku pegang DSLR. Aku memang minat dengan benda nie. Tapi tak tau lagi bile boleh ada sendiri punya. Aku tak pegang MCP. Bagi chan kat orang lain pasal tahun lepas aku dah pegang. Satu lagi pengalaman yang takkan aku lupakan. Tah bile lagi aku dapat tengok fashion show kat poli JB.
                Dua hari selepas fashion show, aku telah ke majlis konvokesyen politeknik johor bahru yang ke-11 di stadium badminton pasir gudang. Sekali lagi aku di bahagian multimedia. Kali ini aku di tugaskan untuk memegang MCP no 2 iaitu di tengah – tengah crowd. Senang giler. Aku jadi bosan, dan telah mencuri kamera DSLR petugas DSLR yang melepak. Aku pon pergi la amik gamba graduan – graduan yang sedang menanti nama di panggil. Pengalaman bekerja dengan majlis formal. Memang bosan. Tapi menarik. Sekurang – kurangnya aku tau flow konvo nie macam mana. Kat konvo nie jugak aku dapat kenal dengan lecture – lecture dari jabatan lain. Antaranya, en.hafiz, en.haq, en.eddy dan budak – budak dari jabatan lain jugak. Konvokesyen ini berlangsung selama 1 hari jer tapi persiapannya seminggu.
Malam konvokesyen tu, orang lain balik berehat dan tdo, tapi aku dan sue telah bergi ke bengkel untuk menyiapkan kerja yang tak siap lagi. Kat bengkel sampai kol 11pm. Balik bilik sambung lagi kerja. Aku tak tdo lagi untuk menyiapkan kerja aku. Sangat penat. Tapi aku cuba siapkan jugak. Dengan kerja asal siap tu la aku hantar pada lecture. Aku sendiri tak puas hati dengan kerja aku. Akhir sekali aku menghadapi last paper exam. Iaitu textile dan operation production. Lepas tu cuti. Semester yang amat perit. Pada sem ni jugak la badan aku turun sikit. Sebab terlalu sebok sampai tak sempat nak makan pon.
Lepas tu 2 bulan aku cuti. Ape aku buat?? Dok umah jer. Naik balik arr badan nie. Hahaha. Bile keluar keputusan, aku dah jangka, keputusan aku akan teruk punya. Yela keje sume asal siap jer.
27/7/09 aku telah lapor diri di Jacket Master sdn.bhd untuk latihan industry aku. 20 minggu aku kat JM. Cita – cita aku untuk membuat Jacket sendiri tak kesampaian. Sebab terlalu sibuk dengan menjahit uniform UDA.  Tamatkan Latihan industry ni pada 25/12/09 yang lalu. Baru jer beberapa hari.
Tahun 2009 amat mencabar aku. Hidup aku memang susah. Tapi aku tak sangka aku dah lalui semua tu. Dah jadi sejarah pun dalam hidup aku. Kini aku tak sabar nak jumpa dengan 2010. Satu lagi tahun yang aku rasa lebih mencabar aku. Final year la katakan. aku berazam untuk buat yang terbaik. Tak mahu mengeciwakan mak abah lagi. Aku taknak orang pandang aku sebagai orang yang tak bleh pakai. Aku akan cuba membahagikan masa aku dengan betul. Dan sekarang nie bukan lagi masa untuk aku main – main. BELAJAR!!!!
Kita dah masuk pon 2010. Azam, mesti la ada azam:
1.       Tak nak lagi dok kat hostel. Sakit pale jer..
2.       Tak nak join JPK, JPP, RMM, PRS.
3.       Join Multimedia jer.
4.       Sembahyang 5 waktu cukup. Jangan ade tinggal walau sibuk macam mana pun.
5.       Focus on study
6.       Turunkan berat badan. Alternative basikal. Jaga makan minum.. (please somebody push me. Marah la kalo nak mara)
7.       Target sem 5 cgpa:3.5. insya allah..
Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010. Tak sabar nak jumpa 2010. 9/1/10 nie akan pulang ke JB. Duduk serumah dengan Hannif, Iza, Cma, n tipah. Harap – harap takde masalah. Insya allah.

No comments:

Post a Comment