1 JANUARI 2010. JAM 2.30 PAGI…
Oit.. dah tdo ker?? Tak remaja tol la. Malam tahun baru nie toksah arr tdo lagi. Esokkan cuti. Aku cakap macam nie, macam aku ade kat luar umah jer, padahal tgh dok melepak kat umah nie. Ewah..ewah melepak plak.. report LI dah siap ke??? Blom kot.
Banyak mende tak setel lagi arr. Sabtu depan nak blah da kat jb. Report tak siap lagi, yuran tak bayar lagi, barang tak kemas lagi, KASUT tak beli lagi.. huhu. Aku memang gile kasut. Kasut sneakers arr. kasut lain tak minat arr. Hills ke, wedges ke ape kejadah sandel perempuan memang aku tak minat. Sandel aku tu, selipar asadi aku yang ala2 crocs tu. Nak beli original crocs tak mampu ler. Asadi pon jadi la.. A.S.A.D.I, asadi!!
Aku slalu mengadu aku sakit kaki setelah banyak berjalan kat adik aku. Selain faktor berat badan menjadi punca kesakitan kaki aku tu, menurut bakal physiology kat umah aku nie, iaitu En. Ahmad Hafizy Hairy, tapak kaki aku ni flat. So aku kene pakai kasut or sandal yang bertumit skit. Argh!! Dan dan ar kene pakai sandal yang ada hill. Nape la suka suro buat benda yang aku tak suke?? "Uwek.. tak minat arr sandal hill". Kata aku kepada adik ku. PG pon kate " ko tak payah ar cari yang tumit tinggi – tinggi. Yang ade tumit skit pon jadi ar." Tak mo ar. Faktor utama aku tak suka pakai hill or other kasut yg ade tumit ialah:
i. Like a girl. Aku nie ganas n otai skit.
ii. Bising. Ho, sangat bising jika memakai kasut yg bertumit. Kawan – kawan aku slalu kene mara ngan aku pasal jalan bising sangat. more to attract people to see u. and macam u nak bagitau sume org yang u sedang melalui jalan tersebut. ARGH!!! Tidak…
iii. Lambat. Aku kalo jalan, langkahnya sebatu – sebatu. So bile pakai hills nie melambatkan perjalannan aku.
iv. No running. Bukan boleh bawak lari kasut nie. Kalo bawak belari jugak mau, sume orang pandang. Tetibe tengah lari tu plak tersadung kaki, 'buk' lalu terjatuh macam nangka masak, tak ke malu besa. Seminggu tak datang kelas malu punya pasal.
Bukan aku tak pernah pakai, aku pernah pakai. Yang paling baru masa raya aidilfitri arituh. Mak memaksa aku untuk membeli sandal yang di bayar olehnya. Sehari je weh aku pakai. Pastu tak pakai da sampai hari nie. dulu masa aku nak gie interview keje dulo pon ade beli 1. Aku pakai masa hari interview tu jela. Pastu tak pakai dah.
Lain ngan kasut sneakers. Aku pakai sampai lunyai kasut tu. Pernah la sampai tercabut tapak nye. Tengah2 jalan tu plak nak tercabut. Memula macam mulut boya dah kasut tu. Aku pon dah jalan macam Si Capek. Sampai je kat bilik, aku campak kasut tu kat tong sampah. Minggu tu jugak kasut baru.
La nie macam mana?? Aku tengah piker kasut apa yang aku nak beli. Aku ingat nak jadi dak old skool la kalo ni. Aku nak beli kasut sekolah. 2 pasang. Sepasang hitam, sepasang putih. Pastu kasut yang putih, talinya hitam. Kasut yang hitam talinya putih. Bile pegi kelas, aku pakai kaki kanan hitam, kaki kiri putih. OK??? Aku nak cari brand WARRIOR. Ade lagi ke org jual kasut brand tu?? Nak beli converse, kene mintak sedekah la aku nak makan nanti.
Pening – pening beli nie je la. Murah pon murah. Fleksible. Hahaha.. mau masuk nama dalam rekod disiplin aku nih!!




No comments:
Post a Comment