madah berhelah

SEANDAINYA KAMU DAPAT BERBICARA DALAM SEMUA BAHASA MANUSIA DAN ALAM, TETAPI TIDAK MEMPUNYAI PERASAAN CINTA DAN KASIH, DIRIMU TAK UBAH SEPERTI GONG YANG BERGAUNG ATAU SEKADAR CANANG YANG GEMERINCING

Thursday, July 29, 2010

MaCaM TaK pErCaYa!!!!

rasa mcam tak percaya jer aku ade 3 bulan jer lagi untuk aku siapkan projek aku nih..

aku ade lagi 4 bulan sahaja untuk belajar di Politeknik Johor bahru ni, tinggal di cahaya masai, tinggal di intan 5, tinggal di rumah no 5 dan tinggal di bilik belakang sorang2...

aku ade 4 bulan jugak lagi untuk bersama sama dengan kawan-kawan aku..

dan aku ade 4 bulan jugak untuk menjadi secret admire SUPARJO.. hak3.....

aku akan rindu semua kenangan aku dengan sahabat aku disini.. sama seperti ketika aku meninggalkan giatmara dulu, seperti aku meninggalkan SMK Aminuddin Baki, SMK Convent Jalan Peel dan SRK Puteri Pandan 1 dulu..

banyak sangat kenangan di Johor Bahru.. dari januari 2008 sehingga disember 2010.. aku rasa macam baru semalam aku dengan didie daftar masuk sama2 ke asrama. dapat sebilik ngan didie satu pengalaman baru..

pergaduhan budak kelas aku masa sem 1... kelakar bila ingat balik.. punca nyer pasal tah ape2 tah..

kehidupan di Poli adalah 1 pengalaman baru buat aku. aku tak pernah tinggal jauh dengan keluarga sebelum ni.. sebelum ni ade jugak dok asrama tapi dalam KL gak.. aku dapat rasa susah senang bile family jauh.. walaupon bile takde duit mintak mak abah juga.

dulu cici dan sue penah gado ngan popo.. tapi sebab pe?? tah... tapi sekarang sume dah baik.. aku suka sangat..

dulu aku penah gak tak bertegur sapa ngan didie.. tapi sekarang dah ok..

di poli juga aku belajar menilai sifat manusia.. jangan nak menilai manusia dari segi luaran sahaja.. dan jangan terlalu mendengar kata orang pasal orang lain.. bile terkena dengan lecture aku sem lepas aku mula menilai manusia semula.. cantik di luar tak semestinya cantik jugak kat dalam.. jahat di luar tak semestinya jahat jugak kat dalam.. manusia punya banyak ragam dan terlalu susah untuk kita jangkakan..

terasa sayang nak tinggalkan poli,taman cahaya masai, pasir gudang, johor bahru dan sahabat.. tapi memang lumrah hidup.. setiap yang datang tetap akan pergi. aku datang dari kuala lumpur ke johor bahru, aku juga akan meniggalkan johor bahru dan pulang semula ke kuala lumpur.. sama dengan semua sahabat2 aku yang lain.. semua akan pulang ke kampung halaman masing masing.. hubungan selama 3 tahun membuatkan aku terlalu sayang pada mereka.. tapi aku relakan pemergian mereka dan aku harap mereka juga rela dengan pemergian ku nanti..

sue dan didie katanye nak sambung pengajian di UNIMAS.. aku doakan kejayaan mereka.. aku tak tau lagi nak sambung ke tak.. aku sebenarnya dah penat belajar. dari lepas SPM belum penah aku berhenti belajar.. aku cadang nak kerja dulu.. kumpul duit, kumpul harta dan aku nak capai angan2 aku iaitu mengelilingi malaysia dengan SITI SUHAILAH BT MOHD ZUKI.. dan kalo berkesempatan lagi mengelilingi dunia..

walaupon perpisahan ini belum terjadi, tapi ia akan terjadi lagi 4 bulan je.. lepas tu tah bile lagi kami akan berjumpa lagi.. kalo jumpa pon tah2 suma dah kawin.. anak berderet..

ape pon, aku tak akan lupakan mereka semua..

1. SITI SUHAILAH BT MOHD ZUKI
2. NORHASIMAH BT KASMON
3.'ATHIFAH BT KHAIRUDDIN
4. NOR HANNIF BT SARIMAN
5. NOR SHAHDATUL AIMAN BT AYUB
6. NURUL HANISAH BT HARUN
7.NURUL MADIHAH BT HAMZAH
8.NOR SAFURAA BT ISMAIL
9.NUR FADHILAH BT IBRAHIM
10. NOR FAKHITAH BT HASSAN
11. NURUL HAZWANI BT NASIR
12.SITI ROHANA BT ZULKHPLI
13. NOR AZIZAH BT ABAS
14. SITI NURUL FAEZA BT JOHAL
15. NOR SHAKINAH BT HASHIM
16. CHE HALIMATUL SAADIAH BT CHE ZAKARIA

Insya Allah, selagi akak hidup, akak takkan lupakan korunk semua..

3 comments: